Sunday 22 November 2009

MUSIM TAK SIHAT

Adik tak sihat sejak Isnin lepas..cirit-birit memanjang..Dah la kat Terengganu wabak taun sedang merebak..bawak adik pergi kilnik, dah agak dah kena refer hospital. Nasib la kat hospital tak kena tahan sebab dah penuh dengan pesakit taun..Adik suspek taun je..tapi aku pasti bukan taun..Hospital bagi ORS @ garam je untuk cirit.. Kami usaha macam2 cara nak hilangkan cirit..beli ubat kat farmasi, bagi air teh kelat tapi tak hilang2 jugak.
Adik tak hilang lagi cirit, si abang pulak demam.. Cobaan...Risau ibu tengok abang tak sihat jugak. Ibu sendiri dah letih melayan adik keluar masuk tandas tiap2 hari...Tiba2 ibu sendiri pulak demam..Cobaan lagi...Dah la si ayah kena kerja 24 jam sebab kes taun merebak..
Hari ni dah cukup seminggu, alhamdulillah... cirit adik hilang. Fuh! lega..tak payah ulang alik ke tandas lagi...Tapi..adik jadi manja ngada2..sebab seminggu layan dia macam baby...
Dalam Buletin Utama TV3 ada berita punca taun merebak di Terengganu sebab ikan dari Thailand dah tercemar dengan cholera..keropok lekor dah tak selamat dimakan..
Kena stop la dulu makan ikan...Duk fikir2 balik, kat Terengganu ni ramai nelayan. Pasal ape dari dulu lagi bekalan ikan di Terengganu datang dari Thailand..Patut la harga ikan mahal sangat..Bila dah jadi macam ni harap2 ambil la iktibar..

Friday 20 November 2009

ADIK & KARTUN




Ni semua kerja-kerja adik..Masa tengok kartun Catdog @ TV9..Sampaikan abang & adik boleh hafal skrip kartun Catdog..hari2 tengok..Dah la kartun yang disiarkan diulang-ulang tayang...

Thursday 19 November 2009

ANAK2KU SAYANG...




Anak2ku...

permata hati kami..penghibur hati dengan karenah yang macam2..

Tanpa mereka hidup kami sunyi...

Anak2ku...

Ketahuilah..dalam hati kami penuh dengan kasih sayang

yang tidak berbelah bagi buat kalian...

Membesarlah dengan sihat anak2ku...

Ibu sentiasa doakan yang terbaik..
Agar hidupmu diberkati & dirahmati selalu...
IBU SAYANG IQMAL
IBU SAYANG ADIK

Monday 16 November 2009

MUHAMMAD SYAKIR NAJWAN




Muhammad Syakir Najwan anak keduaku..Umur dah 3 tahun lebih..Suka mengamuk kalau tak ikut cakap dia. Dah tak sabar nak pergi sekolah macam abang. Kami panggil Najwan..Adik.. Adik minat sangat warna merah. Ape2 je mesti warna merah...Adik suka tengok kartun Cat Dog & Spongebob..Adik lahir kat Hospital Serdang. Masa tu kami tinggal di Sepang, Selangor.

MUHAMMAD SHAHRUL IQMAL




Iqmal anak sulungku..Umur dah 6 tahun lebih..Dah nak habis tadika..Tak lama lagi dah nak masuk darjah 1...Sekarang ni dah boleh harap la sikit2. Kadang2 rajin jugak dia tolong ibu...Maklumla semua orang dalam rumah lelaki...Dia ni sensitif sangat2 pada bau..tak boleh langsung pada bau busuk..Bau busuk sikit je tp mula la nak muntah..Kami panggil dia Abang sejak dia dapat adik 3 tahun lepas..Abang lahir kat HSNZ Kuala Terengganu..

Sunday 15 November 2009

MY HAPPY FAMILY



Gambar 3 tahun lepas..Memori terindah hidupku..Saat sedang berbahagia...Sungguh indahku rasakan bersama insan-insan yang amatku sayang..Hubby yang amat penyayang dan amat memahami....Anak-anak yang comel yang sedang membesar..

SALAM...

SALAM...

Welcome to my sooo flowery blog..hehe. Nak buat macam mana..Minat bunga..

Enjoy